Selasa, Disember 08, 2009
Isnin, Disember 07, 2009
Sabtu, Disember 05, 2009
Ahlan wa Sahlan dan Selamat Datang
Darulhikmah mengucapkan selamat datang kepada semua peserta kem Tahfiz & Fardhu Ain sesi Dis 09. Pendaftaran sesi 5-10 Dis09 bermula jam 3.00 petang - 5.00 petang.
Posted by DarulHikmah at 7:37 PG 0 comments
Khamis, Ogos 13, 2009
KEM TAHFIZ CUTI SEM 1 2009

Posted by DarulHikmah at 9:39 PTG 0 comments
Selasa, Januari 27, 2009
Indahnya Islam
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita dilahirkan sebaagai seorang Islam. Tetapi adakah kita benar-benar menghayati setiap syariat Islam yang dibawa oleh Nabi kita S.A.W. Ramai di antara kita merasa tidak berbangga dengan agama yang kita anuti. Remaja kita baik di kota mahupun desa telah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif dari barat. Mereka menjadikan t.v sebagai tok guru mereka. Kalau kita lihat hampir di setiap rumah, telah terpasang dengan tv setelit. Ini tidak salah jika kita manfaatkan untuk mendapat maklumat, tetapi remaja kita lebih terdorong untuk menonton rancangan hiburan sahaja. Tak ramai anak muda yang hafal Al-Quran malah mereka boleh menghafal lagu-lagu yang panjang. tak kiralah lagu inggeris, korea ataupun hindustan. Quran bukan hanya untuk dibaca pada masa orang mati atau bulan puasa sahaja tetapi pada setiap masa. Orang yang membaca Al-Quran dan menghayati maksudnya akan mendapat manfaat dan input yang berguna, ia memberi rangsangan dan motivasi kepada pembacanya untuk menghadapi cabaran hidup dalam pelbagai situasi. Situasi hidup manusia tidak sama. Kita berbeza, berbeza dari segi taraf hidup ada yang kaya ada yang miskin, berbeza latar belakang pendidikan ada yang berijazah ada yang sekolah rendah. Perbezaan ini sebenarnya bukan untuk kita berbangga terhadap orang miskin ataupun berlagak pandai terhadap orang jahil atau menindas orang lemah. Kita saling bergantungan antara satu sama lain. Indahnya Islam kita dengan contoh yang dibawa oleh Nabi kita. Sahabat nabi dari pelbagai latar belakang ada bangsanwan, ada hamba, ada hartawan ada yang hidup dijalanan. semuanya menuju kepada satu matlamat iaitu keredhaan Allah. Orang kaya mencari keredhaan dengan hartanya, orang pandai dengan ilmunya, orang miskin dengan tawadhuknya. janganlah mudah kita menghina orang lain kerana taqdir kita bukan kita yang tentukan. Kita semua berharap dan bergantung padaNya. Usahlah kita bermegah-megah dengan apa jua kenikmatan yang kita miliki kerana itu bukan milik mutlak kita. Itu adalah satu amanah Allah yang mesti ditunaikan dengan baik. Ayuhlah umat Islam kita bersatu hati, hormat-menghomati antara kita, berkasih-sayang, bertolak ansur dimana jua. Tegakkan daulah Islam dalam diri kita. Mereka yang memeluk Islam di zaman kegemilangan Islam kerana kagum dengan akhlak yang ditunjukkan oleh umat Islam. Pelajarilah Islam dari akar umbinya bukan sekadar berbangga dengan syiarnya sahaja. Tiada guna berpakaian dengan pakaian Islam tetapi akhlak buruk didepan khalayak ramai. Kita sendiri membawa fitnah kepada agama kita. Kita tidak sabar dijalan raya, pentingkan diri sendiri. Surau dan masjid kita kotor. Isu yang kecil kita tak mampu hadapi, bagaimana kita hendak hadapi musuh yang lebih besar dalam era globalisasi. Musnahkan musuh dalam diri kita. Hidupkan masjid kita dengan solat jamaah. Penuhkan setiap ruang rumah kita dengan alunan ayat Al-Quran. Didik anak kita mencintai majlis ilmu. Kita mampu mengubahnya. Amin.
Posted by DarulHikmah at 11:16 PTG 0 comments